Tuesday, 21 January 2014

PENSIL/PEN TOPPER

Topper ini mungkin boleh mengantikan bunga telur... Sesuai dijadikan hadiah... yg penting boleh guna.. siapa yg x pakai pen/pensil... tp topper in comel la
Ada macam2 bentuk, boleh pilih warna.


                                    

Klu berminat boleh tempah melalui 

email : fariza.nor@gmail.com 
atau 
whatsapp/sms 019 2154420

Muhammad Aish birthday & goodies

6 Jan 2014 genap Muhammad Aish putera bongsu kami berusia 4 tahun. Pada hari yang sama juga adalah hari pertama dia ke tadika. Kami memilih pratahfiz Albuhori (macam tu lah ejaan nya.)
Sini hari first day bersekolah kecoh sikit so prepare simple2 jer... Faham2lah awal thn...

 goodies bag utk kenkawan yg 4 thn ada dlm 22 org. Memang x suka jajan2.. so letak pensil & pemadam.. wafer ..buat syarat 1 jer makanan... ingat nak buat biskut suji sbb Muhammad Aish suka .. tp x sempat beli wafer jerlah... dan off cause customised keychain kucing..meow..meow



 kek buat sendiri.. bantai jer ptg tu buat...


Mlm kul 10 potong kek... kenapa lambat noo.. 1st tunggu abg dia balik tuisyen 2nd Muhammad Aish lahir kul 10mlm...hehehe

ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN KAMU
ALLAH SELAMATKAN MUHAMMAD AISH
ALLAH SELAMATKAN KAMU....



Monday, 13 January 2014

CERPEN BY NURMA BAKAR - UMAR OH UMAR

UMAR OH UMAR – Nurma Bakar

Mata Mia memandang tepat pada anak saudaranya itu. Geramnya marahnya masih berbara. Setiap hari ada saja aduan jiran tetangga berkenaan anak saudaranya itu. Tingkap pecah , pasu pecah dek bola sepak Umar lah. Anak jiran jatuh dilanggar Umar dengan basikal lah. Kena tumbuk lah. Tak kira lagi laptopnya direset, fail dokumennya didelete.
Umar masih tegak berdiri dihadapan Mak Su. Dia tahu Mak Su marah padanya.
“Jadi kali ni apa alasannya.” bentak Mia. Tersentak Umar
“Umar kesian pada ayam tu. Duduk dalam reban je terkurung. Kalau Mak Su duduk cam tu pun tak bestkan. Jadi Umar lepaskanlah ayam tu, leh dia gi jalan-jalan. Lagi pun Umar dah cakap pada Pak Mail tapi Pak Mail tak nak dengar.” jawab Umar dengan sepenuh hati.
Mia menarik nafas panjang. Dia mengelengkan kepalanya. Dia tahu sangat anak saudaranya yang itu. Amat perihati terhadap binatang. Tengoklah sudah beberapa ekor kucing jalanan yang dibawa baliknya.
“Sekarang Mak Su nak Umar cari balik ayam-ayam Pak Mail tu, masukkan dalam reban balik.”
“Tapi Mak Su ayam tu kata dia tak suka reban Pak Mail tu.”
“Suka tak suka kena masuk reban juga. Umar nak ayam-ayam tu kena sembelih dek orang kampung atau kena langgar kereta, motor atau pun kena langgar basikal Umar?”
Umar mengeleng kepalanya, dia faham maksud Mak Su.
“So apa lagi cepat cari ayam-ayam Pak Mail tu. Lepas tu terus balik... mandi.” arah Mia lagi.
Mia kembali bergegas ke dewan orang ramai. Disana kelas tuisyennya sedang berjalan. Tadi dia bergegas pulang sebaik mendapat panggilan telefon dari Pak Mail.
Sampai sahaja didewan telefon bimbitnya berdering kembali..Udah apa hal lagi Umar ni..
“Assalamualaikum, sebelum akak abang pakcik makcik nak cakap apa-apa saya nak minta maaf  bagi pihak anak saudara saya...Maaf ye. Sekarang apa yang dah Umar buat?”
kata Mia terus tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Mia, ni Abang Ngah lah. Apa Umar dah buat sampai Mia gelabah camni?”
“Oh Abang Ngah, Mia ingat orang kampung tadi.” Mia meluahkan segalanya pada abangnya.
“Ni abang nak bagi tahu hujung minggu ni abang sekeluarga balik sana. Abang bawa kawan abang sekali..ada hal sikit pasal Umar.” Kata Mikail sebelum dia matikan panggilan.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hati Mia rasa tidak sedap, apa yang dikatakan Mikail merunsingkannya. Masih teringat bila arwah mak dan bapa Umar meninggal dunia dahulu. Betapa Kak Izan membantah bila Abang Ngah ingin menjaga Umar. Macam-macam alasan diberinya. Mia faham Abang Ngah hanya pengawal keselamatan  sahaja tambahan dia sudah mempunyai anak kecil. Mia tak kesah untuk menjaga Umar. Dia juga terhutang budi pada arwah Abang Samsul ayah Umar yang banyak membantunya semasa dia belajar dahulu.
“Tidakkkkkk.” jerit Mia..
“Mak Su kenapa ni?” Umar yang tidur dibilik sebelah berlari ke biliknya bila dia mendengar Mia menjerit. Mia beristifar panjang rupanya dia bermimpi ada orang mengambil Umar darinya.
“Tak de apa-apa, Mak Su mimpi je.” kata Mia
“Buat suspen je Mak Su ni. Itulah Mak Su tidur tak basuh kaki.” ujat Umar buat Mia ketawa.
“Eh kenapa tak tidur lagi ni?” Jam didinding menunjuknya pukul 12 malam.
“Nak tidurlah ni. Tadi Umar buat kertas kerja baru siap.”
“Umar kertas kerja...sekolah punya?” Umar mengangguk.
“Ye kertas kerja sekolahlah. Takkan Mak Su tak tahu Mak Su kan cikgu.”
“Mak Su cikgu sekolah menengah, manalah Mak Su tahu budak tahun dua ada kertas kerja. Okey sekarang pergi tidur, esok pagi tunjukkan pada Mak Su.”
“Baik tuan.” kata Umar sambil angkat tabik pada Mia.
---------------------------------------------------------------------------------------------
“Mia, abang kenalkan, ni Doktor Nizam.. adik arwah Abang Samsul.” Mikail perkenalkan lelaki yang datang bersamanya. Mia amati wajah lelaki itu ada iras-iras arwah Abang Samsul. Abang Samsul ada menceritakan padanya dahulu yang dia ada seorang adik masih belajar diAustralia
“Mia...”
“Nizam... Umar mana?” tanyanya
“Umar pergi mengaji sekejap lagi baliklah dia. Duduklah dulu doktor saya buat air sekejap.”
“Eh tak payah lah berdoktor-doktor panggil Nizam saja...lagipun saya doktor haiwan.”
Mia kembali ke ruang tamu bersama sedulang air teh dan sepiring cucur udang yang dibuatnya. Kak Izan membantunya membawa cawan dan piring.
Mereka makan sementara menunggu Umar pulang mengaji.
“Mia sebenarnya tujuan kami datang... pasal Umar.”
“Cik Mia sebenarnya saya dah takde sesiapa lagi. Mummy dan daddy meninggal hampir lima tahun dahulu diMekah dan baru-baru ni abang pulak. Saya minta maaf sebab tak pulang masa abang dan kakak meninggal, masa tu saya masih diAustralia lagi. Ni pun baru lima bulan balik sini.”
Mia dan Kak Izan angguk faham. Abang Ngah tersenyum dia sudah tahu.
“Nizam ni kerja dekat Jabatan Haiwan kat bandar tu.” sampuk Mikail
“Sebenarnya saya nak Umar tinggal dengan saya. Hanya Umar saja ahli keluarga saya yang ada.” Tersentak Mia dengan permintaan orang muda itu.
“Doktor dah berkeluarga?” tanya Mia. Nizam mengeleng.
“Kalau doktor masih tidak berkeluarga bagaimana doktor nak jaga Umar. Siapa nak masak..siapkan Umar.” Mia sedikit marah. Walaupun Umar nakal tetapi dia amat sayangkan anak saudaranya itu.
“Awak juga bujangkan boleh jaga Umar. Saya ni lagilah...saya ni doktor walaupun doktor haiwan ..saya tetap doktor. Pasal jaga Umar tidak jadi masalah, saya boleh ambil orang gaji.” kata Nizam sedikit keras.
“Doktor ingat doktor kaya senang-senang doktor nak buat apa doktor suka. Sorrylah ni Mia cikgu Miasara, saya tidak akan serah Umar pada sesiapa.”
“Cikgu..cikgu tak boleh pentingkan diri cikgu. Saya berhak atas Umar. Dari segi Islam pun saya berhak.”
“Saya tak kira saya tak nak serahkan.”
“Kalau macam tu kita jumpa di mahkamah. Saya akan tuntut hak saya.” kata Nizam. Dia mahu beredar dari situ. Tak sangka Mia sedegil itu. Sampai saja dia dipintu dia terhenti. Dihadapannya seorang budak berumur 8 tahun sedang masuk ke pagar rumah menyosong sebuah basikal.
“Assalamualaikum...” kata budak itu.
Budak itu menghampirinya. Menghulur kedua tangannya bersalaman dengan Nizam. 
“Waalaikumsalam.” jawab Nizam dan seisi rumah yang mendengarnya.
Umar menghampiri Pak Ngah dan Mak Ngah serta Mak Su untuk bersalam.
Mia memegang tangan Umar. Dia bawanya menghampiri Nizam yang masih terpaku dimuka pintu. 
“Ni bapa saudara Umar..Pak Su Nizam.” kata Mia perlahan.
“Hah..pak su... Mak Su ni, kahwin tak ajak Umar pun.” kata Umar sedikit merajuk. Mia dan Nizam saling berpandangan.. oh tidak.
“Eh tak... ni Uncle Su. Uncle ni adik pada ayah Umar..” jelas Nizam pantas. Mia hanya mengangguk. Lega dengan tindakan Nizam tadi. Maaf Nizam you are not my taste.
“Uncle Su adik pada ayah.. yang belajar kat luar negara tu?” tanya Umar. Nizam mengangguk mengiyakan.
“Uncle Su buat apa sini?” tanya Umar lagi.
“Uncle Su nak am....”
“Nak jumpa Umar.” sambung Mia pantas. Dibesarkan bola matanya pada Nizam. Dia tidak mahu Umar terkejut.
“Habis kenapa Uncle Su kat pintu, cam nak balik je.” tanya Umar lagi. Mia sudah agak soalan dari anak saudaranya tu..
“Uncle..uncle..” Nizam tak de jawapan..
“Uncle Su tunggu Umar, tak sabar jumpa Umar sebab tu dia tunggu kat pintu” jawab Mia menyelamatkan keadaan.
“Kalau macam tu Uncle tidur sinilah. Umar ada banyak nak tanya pasal ayah. Boleh tak?” Nizam memandang Mikail, Mikail mengangguk. Kemudian dia memandang Mia. Mukanya merah menahan kemarahan. Umar juga perasaan perubahan diriak muka Mak Su nya.
“Boleh tak Mak Su?” Mia terpaksa akur. Dia takut jika tidak dibenarkan, Nizam akan mengajak Umar ke rumahnya dan pasti Umar akan mengikut Uncle Su nya. Dan dia akan kalah sebelum bertanding. Oh tidak.
Sepanjang petang Umar berkepit dengan Nizam. Bermacam soalan ditanyanya. Adakalanya Nizam mengaru kepalanya. Mia memerhati dari dapur. Hah padan muka jawab jangan tak jawab...

---------------------------------------------------------------------------------------------

“Maaflah saya masak masakan kampung.. masakan orang miskin. Harap Doktor sudilah jamah ye.” kata Mia sedikit menyindir. Geramnya pada Nizam masih berapi.
“Uncle Su tahu tak. Mak Su ni pandai masak. Cuba Uncle Su rasa ni... pergh sedap.” puji Umar sambil menunjukkan pada ayam masak lemak cili padi. Hendak tak hendak Nizam terpaksa menyeduk juadah yang dikatakan Umar itu. Dia makan..dan akhirnya dia tersedak.. mukanya merah padam menahan pedas cili padi masakan Mia. Mikail, Izan dan Umar panik dibuatnya. Mia tersenyum geli hati. Hah padam muka, tunjuk ego lagi.
“Mia cepat tuang air bagi pada Nizam tu.” arah Mikail pada adiknya.
Mia menghulur segelas air pada Nizam. Memang jug air disebelahnya, terpaksa juga dia ikut arahan abangnya. Kalau tak mahu dibiarkan mamat poyo tu kepedasan. Kalau tadi buat air teh o panas lagi bagus... biar melecur mulut longkang mamat poyo tu.
Habis segelas Nizam menghulur gelas pada Mia minta diisinya lagi. Nasib Nizam baik air sirap ais yang dihidangkan.
“Dah..dah Nizam ambil nasi lain.. makan sayur bayam ni dengan ikan goreng tak pedas.” ujar Kak Izan sambil menghulurkan sepinggan nasi pada Nizam
“Dia orang anak beranak ni memang gila pedas.. akak pun kadang-kadang tak tahan.” sambung Kak Izan. Mia masih tersenyum...bahagia.
Sorry, mungkin saya sudah lama tak makan pedas.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mia mengemas didapur seorang diri. Kak Izan menidurkan anaknya sementara Mikail abangnya setia dihadpan television menonton berita.
Nizam menghampiri Mia didapur. Dia tahu Mia sengaja mengenakannya tadi.
“Seronak ketawa tadi.” sapa Nizam mengejutkan Mia. Mia tersenyum
Sorry, doktor kelakar sangat tadi.”
“Umar mana?” tanyanya pantas dia tidak mahu dengar kata-kata Mia lagi.
“Dalam bilik kot, buat kerja sekolah tak pun sembahyang.”
“Okey.” Nizam melangkah menuju bilik Umar.
“Kejap.” Nizam berhenti. Mia menghampirinya.
“Tolong jangan cakap dengan Umar yang doktor nak dia tinggal dengan doktor, please.” rayu Mia.
“Tengoklah.”
“Doktor,.. biar saya saja cakap dengan dia. Please..please doktor. Saya janji.. saya tahu doktor lebih berhak.” rayu Mia lagi.
Umar keluar dari biliknya. Dia memandang Mak Su dan Uncle Su berduaan didapur. Dia tersenyum. Pada pandangannya Uncle Su cukup handsome, kaya dan layak untuk Mak Su. Bukan seperti Cikgu Ahmad yang selalu kirim salam dan usik Mak Su.
“Dating nampak.” usiknya. Mengejutkan Mia dan Nizam.
“Eh tak delah.” jawab mereka serentak. Mia dan Nizam saling berpandangan. Terkejut.
“Umar mari sini..” kata Mia sambil memimpin tangan Umar ke ruang tamu.
Mia duduk disebelah Umar sementara Nizam duduk dihadapannya disebelah Mikail. 
“Sebenarnya...sebenarnya...Mak Su.” Mia tergagap-gagap.
“Sebenarnya Mak Su nak kahwin.” sambung Umar. Mia mengangguk dan kemudian menggelengkan kepalanya.
“Eh tak...sebenarnya Mak Su nak cakap yang Mak Su sayang Umar.” tangan Umar dipegangnya.
“Tapi Mak Su rasa Uncle Su lebih berhak untuk jaga Umar... Dia datang nak ambil Umar tinggal dengan dia.”
“Mak Su... Umar tahu Umar nakal. Lepas ni Umar janji Umar tak nakal-nakal lagi.” Air mata Mia bertakung dikelopak matanya.
“Uncle Su harap sangat Umar tinggal dengan Uncle sebab Uncle tak de sesiapa lagi hanya Umar saja yang ahli keluarga Uncle.” tambah Nizam.
Umar memandang Mak Su. Mia tunduk dia tidak sanggup bertentang mata dengan anak itu.
“Uncle janji uncle akan hantar Umar balik rumah ni bila-bila masa Umar nak.”
“Uncle janji?” tanya Umar
“Ya Uncle janji. Dan Uncle janji juga yang Mak Su Umar boleh datang bila-bila masa tengok Umar.”
“Kalau macam tu Umar ikut je.” kata Umar akur.
“Baguslah macam tu.” ujar Mikail yang tadi sebagai pemerhati.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Malam itu sukar sungguh matanya untuk tutup. Bagaimana hidupnya nanti tanpa Umar. tentu dia sunyi. Tak palah kalau dia rindu Umar dia boleh ke rumah doktor poyo tu. Lagi pun rumahnya tidak jauh dari kampung itu. Umar pun tidak perlu bertukar sekolah. Dia masih boleh berjumpa Umar kerana sekolahnya bersebelahan dengan sekolah rendah Umar.
“Mia...” panggil Mikail dari luar pintu biliknya. Mia bangun jam didinding dilihatnya sudah hampir pukul 2 pagi. Masakan Abang Ngah pun tidak boleh tidur sepertinya.
“Mia.. Abang Ngah dan akak nak ke hospital bawak Shikin dari tadi muntah-muntah, tolong kunci pintu. Abang bawak kunci.” kata Mikail.
“Ye ke.. kesian Shikin... eh Abang Ngah kan ada doktor dalam rumah ni.”kata Mia sambil menunjukkan bilik Umar. Nizam tidur dibilik Umar bersama anak saudaranya.
“Meh Mia kejutkan.” kata Mia sambil mengetuk pintu bilik Umar.
“Esh tak payah..diakan doktor haiwan. Dahlah Abang Ngah nak cepat ni.”
“Ye tak ye...” Mia hanya mengangguk.. dia mengikuti Abang Ngah dari belakang sampai dipintu dia tersentak.
“Abang Ngah...Mia...doktor..” Mikail tahu apa yang nak dikatakan adiknya.
“Tak pa Umar kan ada. Bukan kamu berduaan. Dah tutup pintu ni, grill sekali.” arah Mikail. Isteri dan anaknya Shikin sudah menunggu dikereta. Mia kembali ke biliknya. Ya Umar ada bukan tinggal berdua.. mereka bertiga bukan boleh kena tangkap basah...Esssh simpang malaikat 44.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Tidur Mia tidak lama. Dia dikejutkan dengan panggilan dan ketukkan dipintu hadapan rumahnya. Dia bangun menuju ruang tamu. Nizam juga terjaga mengikutinya dari belakang.
“Apa hal?” tanyanya.
“Tak tahu.” jawab Mia sambil membuka pintu rumah. Eh tidak berkunci seingatnya dia kunci tadi.
“Maaf Mia kami nak buat pemeriksaan sebab dapat aduan yang dirumah ni ada maksiat..” kata Iman masjid kampung itu. Tok ketua kampung pun ada bersama. dan beberapa orang ahli rukun tetangga kampung itu
“Maksiat?” Mia dan Nizam terkejut mereka bertanya serentak.
“Ya.. encik ni siapa?” tanya tok ketua. Bulat mata Mia.. apa yang ditakutinya jadi kenyataan..
“Eh tidak kami bertiga..Umar ada.” kata Mia yakin. Dia ke bilik Umar. Nizam terdiam terkejut. Umar tidak ada dalam bilik. Mia mencari serata penjuru rumah.
“Umar tak de.. kita kena cari Umar.. Umar hilang.” kata Mia gelabah. Dia risaukan Umar. Seingatnya Umar masuk tidur dengan Nizam malam tadi.
“Mana Umar?” tanya Mia pada Nizam. Nizam juga mencari Umar.
“Sudahlah tak payah berdrama lagi.. memang kamu berdua bersalah berdua-duaan dalam rumah ni.” kata tok ketua jatuhkan hukuman.
“Ikut kami ke balai...”
“Tapi tok tolong carikan Umar..tadi dia ada di sini, tolong tok.” rayu Mia. Pipinya basah dek airmatanya.
“Ya lah. Mail.. Kudin .. Leman, kamu cari Umar. Kamu berdua ikut kami ke balai.” arah Tok Ketua. Mia akur begitu juga Nizam.
Sampai saja mereka dibalai. Tidak sampai lima minit Kudin dan Leman datang bersama Umar. Melihatkan Umar, Mia terus memeluknya. Dia lebih risaukan Umar dari tuduhan keatasnya.
“Umar pergi mana tengah malam macam ni. Kenapa tak bagitahu Mak Su?” Umar masih berdiam diri.
“Mak Su dan Uncle Su dah kahwin ke, mana tok kadi dah balik ye?” tanyanya. Menimbulkan keraguan pada semua dibalai itu.
“Kenapa Mak Su nak kahwin pulak?” tanya Mia
“Mak su dan Uncle Su kan kena tangkap basah...Bukan orang kena tangkap basah kena kahwin ke...Dah kahwin dah?” tanya Umar penuh harapan. Mia memandang tepat pada anak saudaranya itu. Dia dapat agak apa sebenarnya muslihat Umar.
“Umar..baik Umar cerita apa Umar dah buat?” marah Mia. Umar terdiam.
“Umar sayang Mak Su.. Tapi Umar kena tinggal dengan Uncle Su. kalau Uncle Su kahwin dengan Mak Su, dua-dua orang boleh jaga Umar. Sebab tu Umar telefon Tok kata ada maksiat.”
Mia dan Nizam saling berpandangan..
“Umarrrrr.......”


-TAMAT-

sarung bantal



Ni bantal anak bongsu.. masa buat ni nak b'day dia.. since x kerja ni x delah hadiah mahal2... ada kain  cotton pokodot dan kain felt tinggal sikit2.. buat sarung bantal nama lah...
tengok pokodot tu cam lopak2 kat bulan jer... buat roket lah... asyik sport car jer...
jadilah roket tingkap saja warna trafic light... yg x boleh belah tu tang api... real la.. kata abang dia.. nak la tuuu.
bantal size bantal budak... Tada.. dah siap...
cute and simple.... 
Happy 4th birthday to my cute prince...




salam maulidur rasul

Hari ni hari maulidur rasul..hubby dan anak2 cuti... mama??? hari2 cuti...hehe.
Lama tak masuk blog tak tau gambar mana yg ah masuk yg mana tak.... fening2..
Yg pasti keychain ni x masuk lagi... keychain perempuan berjilbab ni req by adik sedara.. utk awek lah tuuu.
Alhamdulillah dapat awek cam tu... semoga ke jinjang pelamin..
Tiba2 terfikir nak buat pasangannya.. hehe bg perasaan lagi mamat nie... Nah!! kau balak berserban.. hensem tak?? Tak macam org yg oder la.. x de jambang..kang tambah jambang jd org utan lak... hg tambah lah sendiri...
tak sangka ramai yg suka... hehehe (malu)....


hehehehe... :)

Wednesday, 1 January 2014

KEYCHAIN..OH KEYCHAIN

Assalamualaikum...

Happy sgt sbb apa tau..sbb keychain saya dah sampai ke Mersing..dah sampai Jordan... tq tq tq..

ni gambar beberapa keychain bunge...












Yg nie lak pendrive..sample ..sempat buat satu jer khas utk bebudak IT..



















ada rupa pendrive tak??? boleh la boleh la...(cam jarjit dlm upin ipin tu)
yg ni dah pergi mersing..+ satu lagi keychain sport car....vroommm
TQ TQ TQ..terima kasih bebanyak pd yg oder.

Yg gi Jordan tu x ingat keychain mana.. yg 'till jannah' tu kot... satu lagi x tau yg mana...














oleh kerana ramai yg kata rumah ni cute..

jd buat rumah baru... 
baiti jannati vs home sweet home vs rumahku syurgaku...



 

macam comel jer... macam cantik jer???? 
Alhamdulillah kurniaan Allah.. 

klu berminat Whatsapp/SMS/call 019-2154420
Email pun leh kat fariza.nor@gmail.com

terima kasih si daun keladi..
ada rezeki leh oder dari saya lagi...





TIP JIMAT...

Lama tak login masuk.. bukan apa sibuk sikit..bila free x leh lak masuk new post..kuar tajuk jer..Aduh cemana nak citer panjang2..
hari ni nak bg tip masakan..kehkehkeh macam chef lak.. tp tip ni utk org anak ramai dan sedang berjimat cermat dalam pembelanjaan... cam kami nie...

kalaulah kita ada nugget yg belum dimasak atau yg dah masak/lebihan dalam 1-3 ketul jer.. takkan nak buang atau makan sorg satu.. betul2 hjbakhil namenyer.. ikut jer resepi ni sure anak2 suka lah..

Resepi telur dadar nugget

Bahan:
1-3 ketul nugget yg telah digoreng dipotong dadu
1-3 biji telur (ikut size keluarga) dipukul
1 labu bawang merah didadu
1 batang cili hijau/merah didadu
sedikit kacang panjang dipotong kecil2
1/2 batang carrot didadu
Minyak masak
Garam secukup rasa...seriusnyer

Cara:
1. Pukul telur bersama garam. Ketepikan
2. Panaskan minyak dlm kuali ker pan ker..apa2 seangkatan dgn nye
3. Masukkan bawang merah ,cili & carrot. Masak hingga blonde...keperangan la..hahaha.
4. Masukkan kacang panjang & nugget. Gaulkan
5. Masukkan telur.Masak macam telur dadar yg kita selalu buat...

Tadaaa... Telur dadar nugget











pasti anak2 nak lagi...jawabnya esok beli nugget lagi la...

Kata org nugget x elok..kita org pun kurang gemar, bebudak ni jer yg nak..dr dia beli kat kantin yg goreng pakai minyak gunaan.. baik goreng sendiri :)
Selain nugget leh juga ganti dgn makanan lain spt daging kisar atau bebola ayam dll..pastikan goreng dulu.. Yg penting sayur kena lebih klu ada capsicum lagi best..

selamat mencuba...