Mata Mia memandang tepat pada anak saudaranya itu. Geramnya
marahnya masih berbara. Setiap hari ada saja aduan jiran tetangga berkenaan
anak saudaranya itu. Tingkap pecah , pasu pecah dek bola sepak Umar lah. Anak
jiran jatuh dilanggar Umar dengan basikal lah. Kena tumbuk lah. Tak kira lagi
laptopnya direset, fail dokumennya didelete.
Umar masih tegak berdiri dihadapan Mak Su. Dia tahu Mak Su
marah padanya.
“Jadi kali ni apa alasannya.” bentak Mia. Tersentak Umar
“Umar kesian pada ayam tu. Duduk dalam reban je terkurung.
Kalau Mak Su duduk cam tu pun tak bestkan. Jadi Umar lepaskanlah ayam tu, leh
dia gi jalan-jalan. Lagi pun Umar dah cakap pada Pak Mail tapi Pak Mail tak nak
dengar.” jawab Umar dengan sepenuh hati.
Mia menarik nafas panjang. Dia mengelengkan kepalanya. Dia
tahu sangat anak saudaranya yang itu. Amat perihati terhadap binatang.
Tengoklah sudah beberapa ekor kucing jalanan yang dibawa baliknya.
“Sekarang Mak Su nak Umar cari balik ayam-ayam Pak Mail tu,
masukkan dalam reban balik.”
“Tapi Mak Su ayam tu kata dia tak suka reban Pak Mail tu.”
“Suka tak suka kena masuk reban juga. Umar nak ayam-ayam tu
kena sembelih dek orang kampung atau kena langgar kereta, motor atau pun kena
langgar basikal Umar?”
Umar mengeleng kepalanya, dia faham maksud Mak Su.
“So apa lagi cepat cari ayam-ayam Pak Mail tu. Lepas tu
terus balik... mandi.” arah Mia lagi.
Mia kembali bergegas ke dewan orang ramai. Disana kelas
tuisyennya sedang berjalan. Tadi dia bergegas pulang sebaik mendapat panggilan
telefon dari Pak Mail.
Sampai sahaja didewan telefon bimbitnya berdering
kembali..Udah apa hal lagi Umar ni..
“Assalamualaikum, sebelum akak abang pakcik makcik nak cakap
apa-apa saya nak minta maaf bagi pihak
anak saudara saya...Maaf ye. Sekarang apa yang dah Umar buat?”
kata Mia terus tanpa melihat siapa pemanggilnya.
“Mia, ni Abang Ngah lah. Apa Umar dah buat sampai Mia
gelabah camni?”
“Oh Abang Ngah, Mia ingat orang kampung tadi.” Mia meluahkan
segalanya pada abangnya.
“Ni abang nak bagi tahu hujung minggu ni abang sekeluarga
balik sana.
Abang bawa kawan abang sekali..ada hal sikit pasal Umar.” Kata Mikail sebelum
dia matikan panggilan.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hati Mia rasa tidak sedap, apa yang dikatakan Mikail
merunsingkannya. Masih teringat bila arwah mak dan bapa Umar meninggal dunia
dahulu. Betapa Kak Izan membantah bila Abang Ngah ingin menjaga Umar.
Macam-macam alasan diberinya. Mia faham Abang Ngah hanya pengawal
keselamatan sahaja tambahan dia sudah
mempunyai anak kecil. Mia tak kesah untuk menjaga Umar. Dia juga terhutang budi
pada arwah Abang Samsul ayah Umar yang banyak membantunya semasa dia belajar
dahulu.
“Tidakkkkkk.” jerit Mia..
“Mak Su kenapa ni?” Umar yang tidur dibilik sebelah berlari
ke biliknya bila dia mendengar Mia menjerit. Mia beristifar panjang rupanya dia
bermimpi ada orang mengambil Umar darinya.
“Tak de apa-apa, Mak Su mimpi je.” kata Mia
“Buat suspen je Mak Su ni. Itulah Mak Su tidur tak basuh
kaki.” ujat Umar buat Mia ketawa.
“Eh kenapa tak tidur lagi ni?” Jam didinding menunjuknya
pukul 12 malam.
“Nak tidurlah ni. Tadi Umar buat kertas kerja baru siap.”
“Umar kertas kerja...sekolah punya?” Umar mengangguk.
“Ye kertas kerja sekolahlah. Takkan Mak Su tak tahu Mak Su kan cikgu.”
“Mak Su cikgu sekolah menengah, manalah Mak Su tahu budak
tahun dua ada kertas kerja. Okey sekarang pergi tidur, esok pagi tunjukkan pada
Mak Su.”
“Baik tuan.” kata Umar sambil angkat tabik pada Mia.
---------------------------------------------------------------------------------------------
“Mia, abang kenalkan, ni Doktor Nizam.. adik arwah Abang
Samsul.” Mikail perkenalkan lelaki yang datang bersamanya. Mia amati wajah
lelaki itu ada iras-iras arwah Abang Samsul. Abang Samsul ada menceritakan
padanya dahulu yang dia ada seorang adik masih belajar diAustralia
“Mia...”
“Nizam... Umar mana?” tanyanya
“Umar pergi mengaji sekejap lagi baliklah dia. Duduklah dulu
doktor saya buat air sekejap.”
“Eh tak payah lah berdoktor-doktor panggil Nizam saja...lagipun
saya doktor haiwan.”
Mia kembali ke ruang tamu bersama sedulang air teh dan
sepiring cucur udang yang dibuatnya. Kak Izan membantunya membawa cawan dan
piring.
Mereka makan sementara menunggu Umar pulang mengaji.
“Mia sebenarnya tujuan kami datang... pasal Umar.”
“Cik Mia sebenarnya saya dah takde sesiapa lagi. Mummy dan
daddy meninggal hampir lima
tahun dahulu diMekah dan baru-baru ni abang pulak. Saya minta maaf sebab tak
pulang masa abang dan kakak meninggal, masa tu saya masih diAustralia lagi. Ni
pun baru lima
bulan balik sini.”
Mia dan Kak Izan angguk faham. Abang Ngah tersenyum dia
sudah tahu.
“Nizam ni kerja dekat Jabatan Haiwan kat bandar tu.” sampuk
Mikail
“Sebenarnya saya nak Umar tinggal dengan saya. Hanya Umar
saja ahli keluarga saya yang ada.” Tersentak Mia dengan permintaan orang muda
itu.
“Doktor dah berkeluarga?” tanya Mia. Nizam mengeleng.
“Kalau doktor masih tidak berkeluarga bagaimana doktor nak
jaga Umar. Siapa nak masak..siapkan Umar.” Mia sedikit marah. Walaupun Umar
nakal tetapi dia amat sayangkan anak saudaranya itu.
“Awak juga bujangkan boleh jaga Umar. Saya ni lagilah...saya
ni doktor walaupun doktor haiwan ..saya tetap doktor. Pasal jaga Umar tidak
jadi masalah, saya boleh ambil orang gaji.” kata Nizam sedikit keras.
“Doktor ingat doktor kaya senang-senang doktor nak buat apa
doktor suka. Sorrylah ni Mia cikgu Miasara, saya tidak akan serah Umar pada
sesiapa.”
“Cikgu..cikgu tak boleh pentingkan diri cikgu. Saya berhak
atas Umar. Dari segi Islam pun saya berhak.”
“Saya tak kira saya tak nak serahkan.”
“Kalau macam tu kita jumpa di mahkamah. Saya akan tuntut hak
saya.” kata Nizam. Dia mahu beredar dari situ. Tak sangka Mia sedegil itu.
Sampai saja dia dipintu dia terhenti. Dihadapannya seorang budak berumur 8
tahun sedang masuk ke pagar rumah menyosong sebuah basikal.
“Assalamualaikum...” kata budak itu.
Budak itu menghampirinya. Menghulur kedua tangannya
bersalaman dengan Nizam.
“Waalaikumsalam.” jawab Nizam dan seisi rumah yang
mendengarnya.
Umar menghampiri Pak Ngah dan Mak Ngah serta Mak Su untuk
bersalam.
Mia memegang tangan Umar. Dia bawanya menghampiri Nizam yang
masih terpaku dimuka pintu.
“Ni bapa saudara Umar..Pak Su Nizam.” kata Mia perlahan.
“Hah..pak su... Mak Su ni, kahwin tak ajak Umar pun.” kata
Umar sedikit merajuk. Mia dan Nizam saling berpandangan.. oh tidak.
“Eh tak... ni Uncle Su. Uncle ni adik pada ayah Umar..”
jelas Nizam pantas. Mia hanya mengangguk. Lega dengan tindakan Nizam tadi. Maaf
Nizam you are not my taste.
“Uncle Su adik pada ayah.. yang belajar kat luar negara tu?”
tanya Umar. Nizam mengangguk mengiyakan.
“Uncle Su buat apa sini?” tanya Umar lagi.
“Uncle Su nak am....”
“Nak jumpa Umar.” sambung Mia pantas. Dibesarkan bola
matanya pada Nizam. Dia tidak mahu Umar terkejut.
“Habis kenapa Uncle Su kat pintu, cam nak balik je.” tanya
Umar lagi. Mia sudah agak soalan dari anak saudaranya tu..
“Uncle..uncle..” Nizam tak de jawapan..
“Uncle Su tunggu Umar, tak sabar jumpa Umar sebab tu dia
tunggu kat pintu” jawab Mia menyelamatkan keadaan.
“Kalau macam tu Uncle tidur sinilah. Umar ada banyak nak
tanya pasal ayah. Boleh tak?” Nizam memandang Mikail, Mikail mengangguk.
Kemudian dia memandang Mia. Mukanya merah menahan kemarahan. Umar juga perasaan
perubahan diriak muka Mak Su nya.
“Boleh tak Mak Su?” Mia terpaksa akur. Dia takut jika tidak
dibenarkan, Nizam akan mengajak Umar ke rumahnya dan pasti Umar akan mengikut
Uncle Su nya. Dan dia akan kalah sebelum bertanding. Oh tidak.
Sepanjang petang Umar berkepit dengan Nizam. Bermacam soalan
ditanyanya. Adakalanya Nizam mengaru kepalanya. Mia memerhati dari dapur. Hah
padan muka jawab jangan tak jawab...
---------------------------------------------------------------------------------------------
“Maaflah saya masak masakan kampung.. masakan orang miskin.
Harap Doktor sudilah jamah ye.” kata Mia sedikit menyindir. Geramnya pada Nizam
masih berapi.
“Uncle Su tahu tak. Mak Su ni pandai masak. Cuba
Uncle Su rasa ni... pergh sedap.” puji Umar sambil menunjukkan pada ayam masak
lemak cili padi. Hendak tak hendak Nizam terpaksa menyeduk juadah yang
dikatakan Umar itu. Dia makan..dan akhirnya dia tersedak.. mukanya merah padam
menahan pedas cili padi masakan Mia. Mikail, Izan dan Umar panik dibuatnya. Mia
tersenyum geli hati. Hah padam muka, tunjuk ego lagi.
“Mia cepat tuang air bagi pada Nizam tu.” arah Mikail pada
adiknya.
Mia menghulur segelas air pada Nizam. Memang jug air
disebelahnya, terpaksa juga dia ikut arahan abangnya. Kalau tak mahu dibiarkan mamat
poyo tu kepedasan. Kalau tadi buat air teh o panas lagi bagus... biar melecur
mulut longkang mamat poyo tu.
Habis segelas Nizam menghulur gelas pada Mia minta diisinya
lagi. Nasib Nizam baik air sirap ais yang dihidangkan.
“Dah..dah Nizam ambil nasi lain.. makan sayur bayam ni
dengan ikan goreng tak pedas.” ujar Kak Izan sambil menghulurkan sepinggan nasi
pada Nizam
“Dia orang anak beranak ni memang gila pedas.. akak pun
kadang-kadang tak tahan.” sambung Kak Izan. Mia masih tersenyum...bahagia.
“Sorry, mungkin
saya sudah lama tak makan pedas.”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Mia mengemas didapur seorang diri. Kak Izan menidurkan
anaknya sementara Mikail abangnya setia dihadpan television menonton berita.
Nizam menghampiri Mia didapur. Dia tahu Mia sengaja
mengenakannya tadi.
“Seronak ketawa tadi.” sapa Nizam mengejutkan Mia. Mia
tersenyum
“Sorry, doktor
kelakar sangat tadi.”
“Umar mana?” tanyanya pantas dia tidak mahu dengar kata-kata
Mia lagi.
“Dalam bilik kot, buat kerja sekolah tak pun sembahyang.”
“Okey.” Nizam melangkah menuju bilik Umar.
“Kejap.” Nizam berhenti. Mia menghampirinya.
“Tolong jangan cakap dengan Umar yang doktor nak dia tinggal
dengan doktor, please.” rayu Mia.
“Tengoklah.”
“Doktor,.. biar saya saja cakap dengan dia. Please..please
doktor. Saya janji.. saya tahu doktor lebih berhak.” rayu Mia lagi.
Umar keluar dari biliknya. Dia memandang Mak Su dan Uncle Su
berduaan didapur. Dia tersenyum. Pada pandangannya Uncle Su cukup handsome,
kaya dan layak untuk Mak Su. Bukan seperti Cikgu Ahmad yang selalu kirim salam dan
usik Mak Su.
“Dating nampak.” usiknya. Mengejutkan Mia dan Nizam.
“Eh tak delah.” jawab mereka serentak. Mia dan Nizam saling
berpandangan. Terkejut.
“Umar mari sini..” kata Mia sambil memimpin tangan Umar ke
ruang tamu.
Mia duduk disebelah Umar sementara Nizam duduk dihadapannya
disebelah Mikail.
“Sebenarnya...sebenarnya...Mak Su.” Mia tergagap-gagap.
“Sebenarnya Mak Su nak kahwin.” sambung Umar. Mia mengangguk
dan kemudian menggelengkan kepalanya.
“Eh tak...sebenarnya Mak Su nak cakap yang Mak Su sayang
Umar.” tangan Umar dipegangnya.
“Tapi Mak Su rasa Uncle Su lebih berhak untuk jaga Umar...
Dia datang nak ambil Umar tinggal dengan dia.”
“Mak Su... Umar tahu Umar nakal. Lepas ni Umar janji Umar
tak nakal-nakal lagi.” Air mata Mia bertakung dikelopak matanya.
“Uncle Su harap sangat Umar tinggal dengan Uncle sebab Uncle
tak de sesiapa lagi hanya Umar saja yang ahli keluarga Uncle.” tambah Nizam.
Umar memandang Mak Su. Mia tunduk dia tidak sanggup
bertentang mata dengan anak itu.
“Uncle janji uncle akan hantar Umar balik rumah ni bila-bila
masa Umar nak.”
“Uncle janji?” tanya Umar
“Ya Uncle janji. Dan Uncle janji juga yang Mak Su Umar boleh
datang bila-bila masa tengok Umar.”
“Kalau macam tu Umar ikut je.” kata Umar akur.
“Baguslah macam tu.” ujar Mikail yang tadi sebagai
pemerhati.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Malam itu sukar sungguh matanya untuk tutup. Bagaimana
hidupnya nanti tanpa Umar. tentu dia sunyi. Tak palah kalau dia rindu Umar dia
boleh ke rumah doktor poyo tu. Lagi pun rumahnya tidak jauh dari kampung itu.
Umar pun tidak perlu bertukar sekolah. Dia masih boleh berjumpa Umar kerana
sekolahnya bersebelahan dengan sekolah rendah Umar.
“Mia...” panggil Mikail dari luar pintu biliknya. Mia bangun
jam didinding dilihatnya sudah hampir pukul 2 pagi. Masakan Abang Ngah pun
tidak boleh tidur sepertinya.
“Mia.. Abang Ngah dan akak nak ke hospital bawak Shikin dari
tadi muntah-muntah, tolong kunci pintu. Abang bawak kunci.” kata Mikail.
“Ye ke.. kesian Shikin... eh Abang Ngah kan ada doktor dalam rumah ni.”kata Mia
sambil menunjukkan bilik Umar. Nizam tidur dibilik Umar bersama anak
saudaranya.
“Meh Mia kejutkan.” kata Mia sambil mengetuk pintu bilik
Umar.
“Esh tak payah..diakan doktor haiwan. Dahlah Abang Ngah nak
cepat ni.”
“Ye tak ye...” Mia hanya mengangguk.. dia mengikuti Abang
Ngah dari belakang sampai dipintu dia tersentak.
“Abang Ngah...Mia...doktor..” Mikail tahu apa yang nak
dikatakan adiknya.
“Tak pa Umar kan ada. Bukan kamu berduaan. Dah tutup pintu
ni, grill sekali.” arah Mikail.
Isteri dan anaknya Shikin sudah menunggu dikereta. Mia kembali ke biliknya. Ya
Umar ada bukan tinggal berdua.. mereka bertiga bukan boleh kena tangkap
basah...Esssh simpang malaikat 44.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Tidur Mia tidak lama. Dia dikejutkan dengan panggilan dan
ketukkan dipintu hadapan rumahnya. Dia bangun menuju ruang tamu. Nizam juga
terjaga mengikutinya dari belakang.
“Apa hal?” tanyanya.
“Tak tahu.” jawab Mia sambil membuka pintu rumah. Eh tidak
berkunci seingatnya dia kunci tadi.
“Maaf Mia kami nak buat pemeriksaan sebab dapat aduan yang
dirumah ni ada maksiat..” kata Iman masjid kampung itu. Tok ketua kampung pun
ada bersama. dan beberapa orang ahli rukun tetangga kampung itu
“Maksiat?” Mia dan Nizam terkejut mereka bertanya serentak.
“Ya.. encik ni siapa?” tanya tok ketua. Bulat mata Mia.. apa
yang ditakutinya jadi kenyataan..
“Eh tidak kami bertiga..Umar ada.” kata Mia yakin. Dia ke
bilik Umar. Nizam terdiam terkejut. Umar tidak ada dalam bilik. Mia mencari
serata penjuru rumah.
“Umar tak de.. kita kena cari Umar.. Umar hilang.” kata Mia
gelabah. Dia risaukan Umar. Seingatnya Umar masuk tidur dengan Nizam malam tadi.
“Mana Umar?” tanya Mia pada Nizam. Nizam juga mencari Umar.
“Sudahlah tak payah berdrama lagi.. memang kamu berdua bersalah
berdua-duaan dalam rumah ni.” kata tok ketua jatuhkan hukuman.
“Ikut kami ke balai...”
“Tapi tok tolong carikan Umar..tadi dia ada di sini, tolong
tok.” rayu Mia. Pipinya basah dek airmatanya.
“Ya lah. Mail.. Kudin .. Leman, kamu cari Umar. Kamu berdua
ikut kami ke balai.” arah Tok Ketua. Mia akur begitu juga Nizam.
Sampai saja mereka dibalai. Tidak sampai lima minit Kudin dan Leman datang bersama
Umar. Melihatkan Umar, Mia terus memeluknya. Dia lebih risaukan Umar dari
tuduhan keatasnya.
“Umar pergi mana tengah malam macam ni. Kenapa tak bagitahu
Mak Su?” Umar masih berdiam diri.
“Mak Su dan Uncle Su dah kahwin ke, mana tok kadi dah balik
ye?” tanyanya. Menimbulkan keraguan pada semua dibalai itu.
“Kenapa Mak Su nak kahwin pulak?” tanya Mia
“Mak su dan Uncle Su kan
kena tangkap basah...Bukan orang kena tangkap basah kena kahwin ke...Dah kahwin
dah?” tanya Umar penuh harapan. Mia memandang tepat pada anak saudaranya itu.
Dia dapat agak apa sebenarnya muslihat Umar.
“Umar..baik Umar cerita apa Umar dah buat?” marah Mia. Umar
terdiam.
“Umar sayang Mak Su.. Tapi Umar kena tinggal dengan Uncle
Su. kalau Uncle Su kahwin dengan Mak Su, dua-dua orang boleh jaga Umar. Sebab
tu Umar telefon Tok kata ada maksiat.”
Mia dan Nizam saling berpandangan..
“Umarrrrr.......”
-TAMAT-